Friday, August 12, 2016

Meyleo Journey (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ada pepatah mengatakan "Tak kenal maka tak cinta". Macam tu jugak lah kisah Kak Mimi bersama Young Living Essential Oils.

Macam mana boleh terjebak dengan Young Living Essential Oils ni, tu semua dah aturan Allah. Allah bagi penunjuk jalan dalam proses Kak Mimi duk cari penawar masalah resdung.

Kak Mimi baca sharing from Sakinah Amran kat Facebook. Dia share camna Young Living Essential Oils bantu suami dia atasi masalah resdung. Bila baca tu, dia datang rasa papp!

Ya Allah, I need this. Dengan harapan menggunung tinggi la kan yang produk tu sesuai dengan Kak Mimi. Penat dah cuba macam-macam natural produk nak atasi masalah resdung ni.

Kak Mimi pun apa lagi, pi la PM dia tanya semua pasal Young Living Essential Oils ni. Punya banyak Kak Mimi tanya soalan time tuh. Bila sebut bab harga, mahal kak oii. Pikir la dulu nak beli, kang melebur ja duit.

Kak Mimi ambil masa sebulan untuk buat research and study pasal Young Living Essential Oils. Kalau google website atau blog, mostly memang tengok orang mat salleh jelah duk sharing pasal produk ni.

Cari gak di Instagram, guna #YoungLiving boleh baca semua sharing daripada Young Living members di seluruh dunia. Time tu memang gather semua maklumat sebab dalam proses research kan.

Di Facebook search function sangat limited. Namun banyak jugak boleh baca sharing depa ni. Bila dah habis kaji semua, now I know the benefit of using Young Living Essential Oils dah.

Semua info tu memang increase Kak Mimi punya confident level untuk try Young Living Essential Oils. Pastu PM balik si Sakinah Amran ni cakap nak beli produk Young living ni.

Then, the journey begins.

Salam Sayang,

Thursday, August 4, 2016

Kak Mimi Kembali Ber Blogging

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kak Mimi doakan semua yang duk baca blog ni semoga awak semua sihat walafiat hendakNya. Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah SWT.

Awak rindu Kak Mimi dak?

Haa, sapa yang pernah baca blog ni zaman dolu-dolu pasti tau kan. Lama sangat Kak Mimi stop ber blogging sebab kekonon dulu dah tak mau jejak kaki kat sini dah. Nak berhijrah katanya sebab banyak sangat memori duka saat itu.

Ibarat nak buka buku dalam hidup lah. Kita kena move on kan. Lupakan yang pahit tu, cari sinar bahagia sendiri. So, Kak Mimi fikir masa tu tutup lah blog ni, buka blog baru. Namun semuanya tak menjadi. Berhenti sekerat jalan ja blog - blog tu. Nak cakap takda jiwa kat situ kan.

Tak tau kenapa jiwa kecil Kak Mimi ni sayang sangat dengan mimitomarcello.blogspot.com. Kak Mimi masih di sini dan harapnya akan terus setia di sini sampai bila - bila lah. Cinta pertama dalam dunia blogging dan ni semua ada kenangan tersendiri. So, here I am dengan semangat dan azam yang baru. Kak Mimi nak bangkit dengan segala nota ilmiah untuk panduan kita semua.

Mana post-post Kak Mimi yang lama?

Kak Mimi minta maaf kat awak semua sebab posting dolu-dolu banyak sangat yang merepeknya, so Kak Mimi dah hide kan. Tak mau lah awak semua dok baca cerita dolu yang takda pekdah tu. Kita buka buku baru okayh!

Apa plan Kak Mimi dengan blog ni?

Kak Mimi akan manfaatkan sepenuhnya blog yang ada nih. Segala benda nak sharing dengan awak semua, Kak Mimi akan up post kat sini. Awak ada idea best boleh je emel Kak Mimi ya -> mimiecromox@gmail.com

Semoga tanah maya ni akan jadi ladang pahala yang terus menerus mengalir untuk kita semua. Segala salah dan silap Kak Mimi, mohon awak semua tegur ya nanti. Kak Mimi harap energi positif ja mai dalam blog ni.

Terima kasih awak semua.

Salam Sayang,